Saturday, August 15, 2009

Jawapan Lelaki Idaman...

Wanita idamanku,
Wanita yang solehah
Patuh pada ajaran-NYA, ibu bapanya, dan suaminya..
Nescaya syurga tempatnya
Wanita idamanku,
Jujurlah pada hatimu
Jangan kau menidakkan apa yang benar
Meski ia pahit untuk dinyatakan, diluahkan
Berkata benar wahai wanitaku
Wanita idamanku,
Jangan dikau hipokrit
Ia akan memakan dirimu
Suatu hari nanti
dan kelukaan akan menjadi temanmu..
Wanita idamanku,
Engkaulah tulang belakangku...
Memberi inspirasi untuk terus berjaya
Papahlah aku
Tika goyah dalam kehidupan
Tenangkanlah jiwa lelakiku...
Wanita idamanku,
Semaikanlah ilmu akhirat di dadamu
Nescaya kau tidak akan terpesong
Dari landasan syariat...
Wanita idamanku,
Terakhir pesanku...
Tutuplah auratmu
Walau di bumi mana kau berpijak
Jangan kau bentangkan keindahan perempuanmu
Kepada pandangan liar lelaki lain
Yang ingin menelanjangkan dirimu
dengan mata durjana mereka
Itu pesanku kepadamu..
Wanita idamanku

No comments:

Post a Comment